.

Tuesday, March 17, 2015

STOP FLU dengan ZINC

Wahai Rakan Sekalian,

(saya akan tulis blog ini menggunakan bahasa pasar kerana mood saya cenderung begitu hari ini. kepada yang sakit kepala membacanya, saya minta maaf. lain hari saya tulis dalam bahasa baku :P )

Hari ni saya mahu berkongsi sesuatu yang cukup berguna.


Musim panas macam ini, sudahlah tak cukup minum air, habuk berterbangan, mula la kita rasa kerongkong gatal dan kering.

Haa.. mesti takutkan. sebab bila kering macam ni, musim demam pun datangla. Hampir separuh dari keseluruhan kanak kanak akan meleleh dengan hingus.



Satu terjangkit kawan, balik rumah jangkit adik, abang kakak, ibu bapa, nenek... semua la, tiada yang terkecuali.

Demam yang saya maksudkan ialah demam selesma biasa. bukan demam denggi ka, demam sebab jangkitan paru paru ka. walaupun demam biasa saja, ia bukan sesuatu yang menyenangkan. Sangat lah menyusahkan apabila badan tidak cukup fit untuk terus bekerja, belajar, beriadah dan sebagainya

Mahukah kamu tahu tentang cara senang untuk menguatkan sistem imun diri bagi mencegah daripada dijangkit virus virus ini? Atau lebih luar biasa lagi, kalau sudah terjangkit, mahukah kamu menamatkan riwayat virus itu sebelum ia memaharaja lela di tubuh anda!

Kalau anda katakan YA, saya MAHU.

Maka anda perlukan supplement ZINC!

apakah ZINC ini? boleh ka saya makan atap rumah saya, zinc juga kan
hahaha... lawak betul la. mmg la ada juga atap zinc. tapi saya rasa tidak logic mau makan. kalau makan pun, cedera diri saja.

ZINC tersedia dalam bentuk supplement. macam kalsium, zat besi dan sebagainya.
ia tersedia dalam bentuk mudah ditelan dan diserap,

Apakah kebaikan ZINC ini.
sangatlah banyak sampaii saya rasa kalau tulis smua mesti kamu boring.

Saya mau tekankan fungsi meningkatkan sistem IMUN tubuh kita.



Bagaimana?
Jika kekurangan zinc, tentera tubuh kita iaitu sel darah putih tidah dapat berfungsi melawan penyakit. tak kisah la, virus ka, bacteria ka. Dia akan jadi lemah.

Zinc juga terlibat dalam proses replikasi DNA dan RNA, aktivasi cell, pembiakan cell dan kestabilan permukaan sel.

cakap saja banyak kan... mana bukti.

memandangkan orang yang buat kajian itu orang puteh! bukan Qu puteh ok, Jadi jurnal ini juga dalam bahasa English. saya yakin kamu semua hebat english. kalau tak brapa... google translate saja la.

THE COCHRANE REVIEW

perpustakaan cochrane ini rumah kepada berjuta juta jawapan. mesti pandai cari dan Fahamkan saja.

Review itu mengatakan bahawa, zinc yang dimakan dalam masa 24 jam permulaan jangkitan, dapat dipendekkan jangkamasa jangkitan tersebut.

boleh faham ka ayat tu?

maksudnya, kalau tak ambil zinc, sakit biasanya akan reda dlm 5 hari. kalau makan zinc, mungkin sakit 2-3 hari dan sakit pun tak teruk.

bacalah sendiri, baru faham. nanti kata saya tipu pulak.

Kalau suka Membaca, mari baca lebih banyak ilmu lagi di SINI.

Ok, saya harap kalian semua ada menimba sedikit sebanyak ilmu baru untuk kebaikan sekeluarga.

Disini ada beberapa soalan lazim ditanya.


  1. Takpa ka kalau demam tak keluar. nanti demam stuck? Demam tu tindak balas badan kepada jangkitan dan benda asing dalam badan. tiada istilah demam tersekat ka dan sebagainya. kalau jangkitan sudah terbatal.. maka, tiadala demam.
  2. Tidak bahaya ka kalau sakit tu tidak keluar. nanti memudaratkan badan? Sakit selesma ini, disebabkan virus, biasanya virus rhinovirus, parainfluenze dan influenze. kita terjangkit dari orang lain yang sakit. virus yang sedikit, membiak jadi banyak. bila cukup tentera, maka kita akan jadi sakit. apa yang kita lakukan dengan zinc ialah memendekkan hayat virus, menghalangnya dari berjaya mendirikan tentera. jadi, apabila bilangannya sedikit, sistem imun badan pun dapat menghapuskannya!




No comments:

Post a Comment