.

Thursday, May 14, 2015

Air, Air, panas, suam, sejuk, Hai! sedap rasanya!

Hai semua pembaca yang setia dan juga yang baru menaruh minat.!

Harap kamu semua sihat dan Happy hari ini.

Saya ingin berkongsi cerita, ilmu dan tips mengenai Air!

Ya, tidak salah baca, Air adalah topic kita hari ini.
kenapa saya pilih topic air? sebab ramai yang mengabaikan kepentingan air walaupun tidak kekurang an sumber. (yalah.. malaysia ni hujan cukup, kemarau jarang, bukannya gurun)



Ada berita baru baru ini, seorang pelajar mati disyaki kerana dehidrasi, atau kurang air. ada yang menyalahkan supplemen yang dia makan sebagai punca. akhirnya, punca sebenar adalah pendarahan dalam otak. kesimpulannya, kalau makan supplement pun, kalau air tidak cukup dalam tubuh, boleh membawa lebih padah dari kebaikan.

Ramai yang pernah dengar dan sudah tahu bahawa air itu memang bagus untuk tubuh,


tapi.... persoalannya adalah, kenapa ia bagus, berapa banyak itu bagus, bila ia bagus dan banyak lagi soalan soalan yang sering saya ditanya oleh pesakit/client tersayang.

Ok. satu saatu la ya.

Kenapa H2O atau air ni penting untuk manusia?




bukan saja manusia, semua makhluk hidup di dunia ini (dunia alien saya tak pasti lagi sebab belum ada org jumpa) memerlukan air. itu salah satu sebab terpenting kenapa planet kita ada hidupan dan planet lain yang kering kontang tak ada satu cengkerik pun.


so, air adalah asas kehidupan. 65% dari berat lelaki dan 55% dari berat wanita adalah dari air! itu lebih dari separuh. semua proses sel, bergantung kepada hadirnya air.

tak payah la cerita panjang lebar. kalau mau tau apa fungsi air ni... boleh la tanya Mr Google ok.
sepuluh muka surat pun tak habis kalau saya mau cerita.

cuma.. perlu tau.. air sangat penting untuk HIDUP. air harus cukup (bukan berlebihan juga) , air harus selamat (jgn minum air sungai mentah.. ni bukan cerita lord of the rings), dan air mestilah air (air merah ka, sirrap ka, air oren.. tidak termasuk dlm senarai).



barulah air boleh memberi kesan positive kepada tubuh. mengawal suhu, memastikan metabolisma lancar, membuang sisa kumuh dan banyak lagi.

Berapa banyak Air yang patut saya minum?

saya yakin 100 % mesti kamu jawab. 8 gelas la Dr.. atau 2 litre la sekurang kurangnya.


Tidak salah tapi tidak tepat :P

Kita semua pelbagai saiz dan bentuk. yang disarankan itu diambil dari anggaran purata saiz. dan saiz itu pula berdasarkan saiz orang eropah. tentu saja tak sama. lagi satu.. orang yang berada di cuaca panas, sedang berlatih sukan dan lain lain lagi... perlukan lebih banyak air dari kamu yang duduk di office dan baca article ni.

so bagaimana mau anggarkan keperluan air harian?

so ada tips


Ada caranya untuk mengira, tapi kena guna berat dalam pounds dan jumlah air pula dapat dalam ounces. tak payah lah susah susah keluar calculator, rujuk sajalah table diatas.

Faktor lain yang mempengaruhi jumlah air seharian.

Exercise - apabila kita melakukan senaman atau aktiviti sewaktu dengannya, perlu kita ingat bahawa tubuh akan kehilangan air dalam bentuk peluh. biasanya perlu ditambah jumlah air dalam 400-600 mls bergantung pada jumlah aktiviti. lebih kurang satu botol mineral yang kecil.

Menyusukan anak - recommendasi adalah sekurang kurangnya 3.5 litre sehari.

cuaca panas, kawasan pergunungan, keadaan sakit/demam - juga meningkatkan keperluan air seharian.

WARNING!

Semua yang bagus itu boleh menjadi bahaya jika diambil secara berlebihan. Begitu juga air, ia boleh menjadi racun kepada tubuh jika diambil secara berlebihan dan secara terlalu cepat.

Kenapa air berlebihan bahaya?

Tubuh manusia bergantung kepada keseimbangan garam dan elektrolit, serta air. apabila terlalu banyak air diminum pada satu satu masa, garam akan menjadi terlalu larut dan ini membahayakan. kenapa dan bagaimana... tanya la Mr Google kalau berminat. Tak cukup space mau cerita biochem sni.

ini bermaksud. kalau dalam jadual diatas.. kamu kena minum 3 litre sehari.. bukan bermaksud macam telan ubat.. semua sekali gus! salah!

itu keperluan air seharian... maksudnya.. kena bahagi bahagi supaya sama rata dalam 24 jam. dan ia juga termasuk air yang kita minum dlm bentuk lain.. contohnya sup!

so pagi dua gelas (500ml), pagi sampai tgh hari satu botol besar (1.5litre), petang dua gelas (500mls) dan malam 2 gelas (500mls).. cukupla 3 litre. Jangan teguk sekali 3 litre tu. konfirm masuk spital!
(apabila minum teh ka.. sirap ka.. atau lain lain, juga termasuk dalam pengiraaan)

Jangan minum air berlebihan tanpa nasihat doktor jika mempunyai masalah buah pinggan atau kencing tidak lancar. 

Jika anda mulakan untuk minum air yang banyak bagi tujuan kesihatan, pastikan mula dalam berperingkat. kalau sebelum ni slalu minim satu botol saja sehari... mualan dengan dua botol.. kemudian selepas beberapa hari.. 3 botol.. dan seterusnya hingga capai jumlah sasaran harian. jangan secara mengejut. takut nanti buah pinggan merajuk.

Tip Tips minum air...

kepada yang biasa minum air, tentunya tiada masalah. Tapi kepada yang biasa minum air manis, kamu mungkin rasa air ini tidak sedap!

tidak apa... mari lihat bersama tips minum air..


  1. membuat Infused water- iaitu rendaman kepingan buah atau herba yang boleh memberi perisa kepada air tanpa meningkatkkan nilai kalori.
  2. minum sports drink apabila melakukan aktiviti lasak dan intensive. apabila kamu berpeluh sangat banyak, kamu kehilangan garam dan electrolit juga. 
  3. minum 500 mls air pada awal pagi sebelum mandi, cuci muka, berus gigi atau lain lain aktiviti. buka mata, first skalii minum air. ini akan melancarkan pembuangan toksin dan najis di waktu pagi.
  4. sediakan bekas dan tandakan target jumlah air yang kamu perlu minum. supaya kamu tahu berapa banyak air kamu sudah minum... bekas yang ada sukatan lebih mudah selain mengingatkan kita jumlah yang masih perlu diminum
  5. minum lah air .... tak kisah la air alkali ka, air rebus ka, air mineral ka, air tulen ka.. yang penting air yang tidak dicampur dengan gula atau kalori tambahan. minuman manis akan mengakibatkan obesiti, dan kemudian masalah lain seperti kencing manis.

Jadi Ingat, mulakan Hari dengan segelas dua air yang murni untuk kesihatan sepanjang hayat. Bukan saja pada waktu pagi, tetapi sepanjang hari, minumla air mengikut sasaran keperluan harian.




No comments:

Post a Comment